KATA-KATA ALUAN YDP PIBG

EN. ISHAK B. SALLEH

Bismillahirrahmanirrahim….

Alhamdulillah puji dan puja bagi Allah S.W.T. Selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W dengan limpah dan kurnia serta petunjuk dariNya dapatlah saya menyusun sepatah dua kata di dalam buku program sempena sambutan Jubli Perak SK Bukit Mahkota.

Saya sebagai YDP PIBG SKBM terlebih dahulu memohon ampun dan maaf di atas kesalahan dan kesilapan yang saya lakukan semasa saya menjalankan tugas sebagai YDP PIBG.

Tahniah saya ucapkan kepada Guru Besar, guru-guru dan semua kakitangan sekolah ini kerana selama saya menjadi YDP PIBG sekolah ini saya mendapat kerjasama yang erat terutama Guru Besar yang memberi kerjasama sepenuhnya dalam kegiatan PIBG sekolah ini.

Saya yakin dengan pentadbiran yang jujur dan berwibawa akan mendapat kejayaan kepada anak-anak di sekolah ini di dalam kurikulum, ko-kurikulum pada masa-masa akan datang. Saya berharap kerjasama daripada masyarakat setempat dapat memberi sokongan terhadap PIBG untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

Seterusnya saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada bekas pelajar sekolah ini yang dapat menghulurkan sumbangan derma untuk Sambutan Jubli Perak . Sumbangan ini membantu mengisi tabung PIBG agar dapat menjalankan kegiatan untuk menjayakan program PIBG pada masa hadapan. Akhir sekali saya ucapkan selamat bermesyuarat Agung PIBG ke-25 dan menyambut Jubli Perak. Sekian terima kasih.