KATA-KATA ALUAN GURU BESAR SKBM
SEMPENA PERAYAAN JUBLI PERAK SKBM

Assalamualaikum WBT…..

       Bersyukur saya kehadrat Allah S.W.T  kerana dengan limpah kurnia dan keizinannya dapatlah saya merakamkan sepatah dua kat di dalam buku program ini.

       Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada PIBG SKBM serta AJK kerja program kerana telah dapat mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-25 dan Sambutan Jubli Perak ini. Saya percaya program ini merupakan sesuatu yang sangat bermakna khususnya kepada seluruh warga SKBM serta penduduk Aping Timur ini umumnya.

       Sepanjang lebih 25 tahun sekolah ini beroperasi, pihak sekolah rasa bersyukur dan berbangga kerana telah memberi peluang kepada anak-anak di Felda ini menimba ilmu diperingkat asas sebelum ke peringkat yang lebih tinggi hingga ke menara gading dan seterusnya melangkah ke alam kerjaya yang terjamin atau sekurang-kurangnya dapat berdikari disamping dapat berbakti kepada kedua-dua ibu bapa, bangsa agama dan negara.

       Mudah-mudahan kejayaan anda semua akan menjadi contoh serta perangsang kepada pelajar lain di sekolah ini untuk mengukir kejayaan yang sama atau lebih.

       Terima kasih kepada semua pihak khususnya PIBG sendiri kerana telah dapat memainkan peranan serta sentiasa menunjukkan keprihatinan dan sentiasa seiring dengan pihak sekolah bagi memastikan kejayaan pelajar dalam semua bidang.

 

Sekian , terima kasih.

 

‘Bulat air kerana pembentung,

Bulat kata kerana sepakat’

 

‘PIBG-PENJANA INSAN BERKUALITI DAN GEMILANG’

 

“BERKHIDMAT UNTUK  NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

…………………………………………

(NORMALA BT SHAMSUDIN)