ANUGERAH IBU BAPA MITHALI 2002

          Dilahirkan pada 63 tahun yang lalu dan menerima pendidikan sehingga darjah 6 dan memiliki Sijil Khas Sekolah Agama. Teman hidup beliau yang kini berusia 57 tahun juga menerima pendidikan sehingga darjah 6 serta Sijil Khas Sekolah Agama.

Pasangan ini telah dikurniakan 4 orang cahaya mata dan 10 orang cucu. Anak sulung beliau berusia 39 tahun yang berkelulusan SPM yang sedang berkhidmat dalam ketenteraan yang berpangkat sarjan dalam bahagian jentera. Berkahwin dengan seorang guru agama yang bertugas di Kluang.

           Anak kedua beliau menerima pendidikan sehingga ke tingkatan 6 dan menerima tawaran ke Maktab Perguruan. Kini telah berkhidmat di sebuah sekolah de negeri Perak. Beliau mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris. Telah berumahtangga dengan seorang Pegawai Kastam Bahagian Pencegah Jenayah. Anak ketiga beliau yang berkelulusan Ijazah Kejuteraan Awam UTM sedang bertugas sebagai tenaga pengajar di Sekolah Menengah Teknik  di Pahang. Telah berumahtangga, juga tenaga pengajar di sekolah yang sama yang berkelulusan Ijazah Kejuteraan Awam.

           Anak bongsu beliau adalah berkelulusan Ijazah Perniagaan Insuran UiTM yang kini bertugas sebagai Pegawai Kewangan Syarikat Insuran di Kuala Lumpur. Juga telah berumah tangga dengan seorang Pegawai Penilaian Insuran berkelulusan Ijazah Perniagaan Insuran.

           Tokoh ini juga telah dicalonkan sebagai Ibu Bapa Mithali anjuran Jabatan Agama Daerah Kota Tinggi. Tokoh ini juga telah banyak memberi sumbangan khidmat baktinya terhadap pembangunan masyarakat setempat. Kesungguhan dan berkat ketekunan beliau terhadap persatuan beliau juga telah dihantar sebagai wakil masyarakat setempat dalam program beramah mesra dengan Perdana Menteri di Kuala Lumpur anjuran Felda Peringkat Kebangsaan.

           Segala usaha yang beliau curahkan dan kejayaan anak-anaknya, beliau telah dinobatkan sebagai Ibu bapa Mithali sempena Jubli Perak.

           Ibu bapa yang dimaksudkan ialah ___________________