ANUGERAH GURU CEMERLANG 2002

Bercita-cita sejak kecil lagi untuk menjadi seorang guru. Kini beliau telah berkhidmat dalam pendidikan selama 14 tahun. Sejak bertugas di sekolah ini, beliau telah diberi mandat dan kepercayaan untuk mengajar dan mendidik murid-murid tahap 2 terutama tahun 6 Atas kesunggahandan keperihatinan beliau, ramai antara calon-calon UPSR telah mencapai kejayaan yang cemerlang. Disamping rakan sekerja yang banyak memberi dorongan dan sokongan, peratus kecemerlangan UPSR turut meningkat. Beliau juga turut berusaha mengadakan kelas tambahan agar anak didiknya memperolehi kejayaan yang cemerlang. Kesungguhan ini telah berjaya mencapai sasaran yang disasarkan iaitu 100 % murid dalam kelas terget mendapat gred A dalam subjek yang diajarnya. Bagi meningkatkan dan mendalamkan ilmu, beliau telah melanjukkan pelajaran ke Institut Bahasa selama 1 tahun dalam Pengkhususan Bacaan dan Penulisan.

Beliau juga telah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang Kementerian Pendidikan dan juga salah seorang pemeriksa kertas penulisan Bahasa Melayu UPSR. Beliau juga dijemput sebagai penceramah Bahasa Melayu dan juga Fasilitator kecemerlangan Bahasa Melayu peringkat Daerah Kota Tinggi. Beliau juga telah dilantik sebagai hakim Pidato Di Raja dan bercerita Bahasa Melayu sehingga ke peringkat Daerah Kota Tinggi.

           Atas pengalaman yang diperolehi, beliau juga telah diberi mandat dan berjaya dalam program Kem Motivasi sebagai Kem Komanden. Jawatan sebagai setiausaha yang disandang telah banyak membantu kecemerlangan kurikulum terutamanya kecemerlangan UPSR. Di samping tugas beliau sebagai pengerusi panitia banyak program kecemerlangan UPSR telah diatur dengan berkesan dan berjaya meningkatkan peratusan Bahasa Melayu sehingga 95 % dan tersenarai di dalam 10 buah sekolah terbaik dalam matapelajaran Bahasa Melayu di Daerah Kota Tinggi.

           Dalam bidang ko-kurikulum, beliau juga aktif dan pernah melatih wakil-wakil sekolah MSSZ ke MSSD Kota Tinggi terutamanya bola baling dan olahraga. Pengalaman pengurusan yang baik, beliau juga dilantik sebagai pengurus bola sepak dan hoki perempuan 12 MSSD sehingga ke peringkat MSSJ.

            Dalam bidang hal ehwal murid, beliau juga pernah dilantik sebagai pengerusi Unit Disiplin dan Pengawas serta Unit Lawatan dan Rekreasi Sekolah. Beliau juga adalah seorang guru yang senang dibawa berunding dan memberi sumbangan tenaga kerja. Sikap yang tidak mengenal erti kepuasan dalam bidang pendidikan dan usaha untuk memperbaiki kelemahan dalam sesuatu bidang, beliau juga telah dicalonkan sebagai guru cemerlang dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Oleh itu sempena Jubli Perak majlis telah bersetuju memberi Anugerah Guru Cemerlang kepada Cikgu Norazman bin Abu Bakar.