ANUGERAH GURU BERJASA 2002

            Dilahirkan pada 17 November 1937 di Sedili Besar, Kota Tinggi dan kini menetap di Kampung Mawai Baru. Berkahwin dengan Salmah bt. Awang dan dikurniakan 3 oran cahaya mata, 2 lelaki dan seorang perempuan. Dua orang anak beliau telah berkhidmat sebagai guru dan pagawai Felcra.

Beliau telah mula berkhidmat pada 18 Jun 1972 sebagai guru rakyat di SK Tanjung Buai, Kota Tinggi. Ketika itu beliau menerima gaji sebanyak RM 175.00. Beliau bertugas di SK Tanjung Buai sehingga 31 Disember 1973 dan ditukarkan ke SK Telok Sengat, Kota Tinggi pada 6 Januari 1974. Kemudian beliau telah menjalani kursus guru rakyat di Maktab Perguruan Kota Bharu selama setahun.

           Setelah lulus dalam kursus guru rakyat, beliau telah berkhidmat di beberapa buah sekolah iaitu SK Mawai dan SK LKTP Aping Barat. Pada 1 September 1976, beliau ditukarkan ke SK LKTP Aping Timur. Di sekolah yang bertuah inilah beliau telah sedaya upaya membantu anak-anak murid agar dapat menguasai kemahiran 3M biarpun ketika itu kekurangan tenaga pengajar.

           Beliau merupakan seorang guru yang mudah mesra bersama anak-anak murid. Atas keperihatinannya, beliau sanggup memberi bantuan terutama makanan kepada anak-anak murid yang kurang berkemampuan ketika itu. Atas keringat yang tanpa jemu beliau telah lama berkhidmat di sekolah ini dan menamatkan khidmat beliau sehingga 17 November 1992. Ketika itu usia beliau 55 tahun. Semoga segala usaha dan keringat yang dicurahkan di SK Bukit Mahkota ini mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah S.W.T.

            Tokoh Guru Berjasa yang dimaksudkan ialah __________________