ANUGERAH AJK PIBG BERJASA

 

      Beliau merupakan seorang peneroka yang mempunyai semangat yang tinggi dan prihatin terhadap kemajuan anak-anak. Dengan sumbangan yang ikhlas itulah beliau sering diberi kepercayaan dan amanah memegang jawatan penting bagi menerajui persatuan ini.

 

      Sejak beliau menerajui persatuan ibu bapa dab guru ini banyak kejayaan yang telah diperolehi dalam bidang akademik dan kokurikulum. Beliau pernah dilantik sebagai AJK PIBG pada awal sekolah ini dibuka (1976-1978). Beliau memegang jawatan sebagai YDP PIBG pada tahun 1979-1983. Kemudian beliau memberi laluan kepada pucuk pimpinan yang baru namaun beliau  turut dilantik sebagai NYDP PIBG. Oleh kerana kesihatan yang tidak mengizinkan beliau mengundur diri, namun keberkesanan kepimpinan beliau menyebabkan sekali lagi dilantik sebagai YDP PIBG dari tahun 1996-2002.

 

       Keberkesanan dan kesungguhan beliau dalam persatuan ini menyebabkan beliau dianugerahkan sebagai AJK PIBG yang paling berjasa. Beliau ialah _______